Tuesday, 16 December 2014

Dua berita gembira

Assalamualaikum..
 
Hari Khamis lepas me dpt dua berita gembira...dua org kawan me telah selamat melahirkan bayi mereka..sorang pd pukul 12 tgh hari..n sorg lagi 2petang...Alhamdulillah
 
Kawan yg 1st ni my officemate, Kak S..umur 32 tahun,bekas TTC..dah kwen 3 tahun lebih..bila check doc, doc kata takde ape-ape masalah..n Alhamdulillah conceive naturally..baby pun selamat..baby girl..

Kawan yang kedua ni pulak kwn masa kitorg kat U..pernah me cerita kat sini .. tentang kerisauannya sebelum berkahwin, takut lmbat mengandung disebabkan senggugut teruk dan doc kata bila dah mengandung, tkut x bole bersalin normal sbb ada masalah tulang belakangnya..tapi Alhamdulillah, kuasa Allah dia bunting pelamin n selamat bersalin baby boy secara normal walaupun induce..
 
Kalau dlu, me mesti sedih2 bila dgr kwn2 pregnant or bsalin..tp sekarang dah ok, tak perlu sedih2 sbb itu rezeki mereka..yakin pd rezeki ALLAH..positif!!

Friday, 12 December 2014

Skrin Angkasa di JB

Assalamualaikum..
 
Musim cuti sekolah ni, dua org anak buah Encik Abah ada datang dari Semenyih (anak SIL1)..untuk mengelakkan mereka bosan duduk dirumah, kami bawa mereka keluar jalan malam..destinasi Skrin Angkasa kat depan pejabat MPJB..baru je beroperasi..serentak dgn Majlis Perkahwinan TMJ hari tu kalo tak silap..
 
Mula-mula bawa mereka makan steamboat kat Stulang..pastu baru gerak ke bandar..Meriah dah depan pejabat MPJB skrg ni..da mcm mini ICT..sesuai untuk bawa anak-anak bersantai di waktu malam..lgpun ramai family yg lepak sini..couple2 kurang..meriah la..Skrin Angkasa ni betul2 atas jalan utama nak ke Pusat Bandar JB..mula-mula me datang dulu,jalan tak ditutup lagi..sekarang bila malam jalan dah ditutup, so orang ramai boleh lepak-lepak n bergambar bawah Skrin Angkasa ni..tapi jalan mmg jem sangat le..
 
mini ICT

Air pancut dan jata negeri


Ramai betul orang bergambar n melepak kat bawah Skrin Angkasa ni..skrin memaparkan pelbagai gambar...bunga api, bunga-bunga, bendera Johor..dan lain-lain..
 
Bunga Api
Bunga
Bendera Johor
badut
Ada jugak beberapa orang badut kat sini...memula me ingat bagi belon free je kat bebudak..rupanya bayar RM1 untuk satu belon...pandai diorg ni bisnes kan..rsnya mereka ni wat part time kat sini...cr duit lebih..untung mudah..sbb ramai bebudak berminat nak beli belon2 tu..rezeki mereka..
 
Bila dah puas biar anak-anak buah berlari n berjoget sakan..kami pun balik..dalam kereta tetiba anak buah yg 1st tu (umur 8tahun) ckp mcm ni
 
"Adam rasa hari ni hari yang paling menggembirakan untuk Adam..dpt jalan-jalan tgk lampu, dpt main pasir, dapat tgk badut,dapat pedang..apa Adam nak semua dapat"
 
Terharu pulak dgr anak buah ckp mcm tu..benda simple je yg me n Encik Abah buat untuk mereka, tp begitu besar makna pd mereka..hujung minggu ni mungkin plan nak bawa mereka masuk zoo pulak...

Thursday, 11 December 2014

Air mata ibu

Assalamualaikum..
 
Hari ni me jumpa seorang pesakit..auntie India umur dalam 70an..dua-dua mata dah tak berapa nampak..me panggil dia masuk bilik,nampak dia seorang sahaja...dgn mata x berapa nampak,bjalan perlahan-lahan..
 
Me : Auntie,sorang saja ke?
 
Auntie : Iyalah..sorang saja..anak-anak semua tak guna! (dgn suara sebak)
 
Me : Anak-anak mana? Auntie tinggal sama anak ke?
 
Auntie : Anak semua kerja,x mahu ambil cuti.. (terus menangis....)
 
Me : (Speechless jap) sudah la Auntie,xmau nangis lagi..
 
sambil terus sambung periksa Auntie tu..
 
Sebak me dengar..anak ada ramai pun x semua bole bantu bila mak ayah dah tua..kesian Auntie,dah x kuat jalan..dah x berapa nampak..pergi hospital sorg2..
 
Sebenarnya ramai je pesakit yg mcm ni me jumpa..org tua dibiarkan sorang, x faham ape2 pun psl penyakitnya..apa salahnya anak temankan, boleh bincang dgn doktor ttg penyakit mak n ayah..baru dpt buat management dgn baik, n outcome pun baik..
 
Pernah sekali ada Auntie Cina, bila tanya kenapa anak x datang..beliau jawab "itu menantu xde suka sama saya, dia suruh sy pergi C (mati)" terkejut saya dengar...
 
Nauzubillah,minta dijauhkan dr jd mcm anak-anak mcm ni...
 
google image
 

Wednesday, 10 December 2014

WW : Suplement untuk suami

Assalamualaikum..



Suplement untuk Encik Abah buat masa ni..itu pun selepas diheret masuk ke Guardian..susah benawww nak disuruh makan suplement..huhu

 

Monday, 8 December 2014

Me n Kucing

Assalamualaikum..
 

Siapa setuju dengan kenyataan di atas?
 
Hari tu tgk entri Yani Batik Pink dgn kucing2nya..geram je..comel2 semua..
 
Me mmg dr kecik lg da dibesarkan dgn dikelilingi kucing..Alhamdulillah dijodohkan dgn Encik Abah yg mmg pencinta kucing jugak..kucing pertama yg me ingat masa me Darjah 1 or 2..kucing jantan nama Pi'it..tapi kucing ni terpaksa dibuang sebab pernah mencederakan my mak..
 
Kucing kedua me namanya Cheeky,ambil kat rumah jiran masa me Darjah 5..ini kucing yang paling lama me ada,sehingga umurnya 15tahun..bayangkan dari me sekolah rendah,sekolah menengah,uni, kerja..sampai la me berkahwin dia masih ada..kira kami membesar sama-sama la..ms memula me beli kereta,balik kampung siap bawak Cheeky jalan-jalan naik kereta..hehe..n masa nikah pun me ada bergambar dgn Cheeky ni..very good cat..tapi masa me bertugas di Kuching,satu pagi my mak call..bgtau Cheeky da mati,ada org racun..xtau la kenapa dengki sgt org tu dgn kucing ni..sedih sgt masa tu..satu hari suntuk menangis..
 
Cheeky
Berbulan juga nak hilangkan rasa sedih tu..tp mmg sampai skrg bila balik kampung,mcm terbayang-bayang je Cheeky ni masih ada dirumah mak..kemudian me n Encik Abah cuba nak pelihara kucing sendiri..kami ambil kucing di SPCA Kuching,anak kucing warna kuning..siap vaksin..tp bila bawa balik rumah, dalam seminggu demam selsema n mati..kami ke SPCA semula dan SPCA gantikan dgn kucing lain..sama jugak..lepas seminggu demam selsema n mati..serik nak ambil di SPCA lagi..kemudian Encik Abah terjumpa kucing di masjid,masih ada ibu..me kata ambik je la dgn ibunya sekali..warna kuning jugak (kami mmg suka kucing warna kuning).. beri nama Kunsyuk,tp kami panggil Adik je..

Adik
Bila dpt transfer Johor, Adik terpaksa ditinggalkan dgn jiran..mmg sedih sgt masa nak serahkan Adik tu, meronta-ronta dia..padahal selalu je tinggalkan dgn jiran tu jika me pulang bercuti..mcm tau je me nak tinggalkan dia..lepas serahkan pd jiran,me masuk rumah n menangis teresak2..terlampau sedih..mcm x bersedia lg nak berpisah tapi terpaksa..lepas beberapa bulan jiran bgtau Adik dah takde..redha je la..

Lepas Adik mati, mmg belum ada hati nak ada kucing lg..tp minat tu masih ada..ada sekali tu, FIL bawa balik kucing, comel..Joy namanya..kawannya bg..tp mampu pelihara x sampai 3 bulan, sebab me x mampu nak beri komitmen,lgpun tinggal dgn MIL..MIL x berapa suka kucing..jadi Joy hanya diletakkan dalam sangkar di luar rumah..me mmg x suka buat kucing mcm tu, kalau ada kucing biar dia jadi sebahagian family kita,biar dia masuk rumah..duduk dalam rumah..tapi x boleh buat mcm tu,jd me let go Joy,beri pada org yg bole beri kasih syg yg lebih sempurna untuk Joy.. 

Joy yang gebu


Masa duduk Mersing pun just bg stray cat makan kat luar rumah je..sekarang ni pun sejak pindah Viscaria banyak kucing sesat datang rumah..ada yang da besar,ada yang masih kecil..kami just bg makan je la..kucing datang dan pergi..teringin nak ada kucing kesayangan,tp keadaan tak mengizinkan..xpelah..


Tuteh, kucing jiran
kucing di stesen bas, menumpang sayang

kucing penjual mutiara di Sabah..hehe





Wednesday, 3 December 2014

Tetiba je Nuffnang ni?

Assalamualaikum..

Tetibe plak byk masuk BE dari Nuffnang ni..sampai 6 tu yg On Going..

Actually ape yg buat BE ni masuk bebanyak ye?
Nak kata selalu update,skrg ni mmg bz selalu x menyempat..

sape tau?

Monday, 1 December 2014

Tips minum air putih

Assalamualaikum..
Masa me kecik2 dlu me mmg x suka langsung air putih, bila minum air putih je terus rasa loya nak muntah,jd me mmg selalu minum air manis..me mula belajar minum air putih sejak sekolah menengah,n smpai universiti pun masih kurang...satu botol sehari pun susah nak habiskan..tp sejak TTC ni mmg perlu minum air masak selalu,kena kurangkan air manis.. 

Kawan me pernah bgtau,keperluan air setiap orang berbeza..bergantung kepada berat badan..1liter air untuk setiap 25kg berat..mcm me,berat 55kg,perlukan air sebanyak 2liter lebih..memula mmg susah..tp me amalkan tips di bawah,Alhamdulillah..sekarang da bole kekalkan 2liter lebih sehari..cuma kalo time bercuti tu ssh cket nak istiqamah..hehe..

1.Pastikan air senang dicapai
Pastikan air ada di mana-mana anda berada..di dapur,pastikan sentiasa ada air putih dalam jug, dalam bilik tidur pun pastikan ada botol air putih,sekurang-kurangnya dua botol..di ofis pun pastikan air ada atas meja anda supaya anda nampak botol air tu,dan tak lupa nak minum air...letak botol air di tepi katil,bangun tido terus capai dan minum.
  
2.Bawa air ke mana-mana
Perlu ada botol air yang kecil n mudah dibawa ke mana-mana,hatta untuk pergi shopping pun..botol perlu lah menarik n perlu dibersihkan selalu..skrg me kalau nak keluar ke mana-mana mesti bawa bekalan air sndiri, walaupun nak ke pasar atau servis kereta..lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh..
 
3.Bawa air sendiri walaupun makan di luar.
Biasa me kalau makan kat kedai makan mmg tak minum air suam di kedai tu..xtau la..sebab rs mcm geli n loya..huhu..lagipun kdg2 air terlalu panas..jadi bawa air sndiri dr rumah,n minum puas-puas tanpa rasa was-was.
 
4.Perlu ada water filter dirumah
Jika mampu, pasang la water filter di rumah..mcm bioaura ke..atau skrg ramai yg guna water filter coway..senang..tak perlu masak air n tunggu air jadi sejuk..tp me biasa walaupun psg water filter, tetap masak air tu..mlm2 sebelu tido masak air panas..esok pagi da sejuk,transfer je dlm jug atau botol..lgpun kebersihan air paip skrg diragui..huhu
 
5.Beli stok air mineral di kedai borong
Bagi yang tiada water filter dirumah,beli stok air mineral di kedai borong,lebih jimat berbanding membeli secara runcit..masa duduk menyewa di Mersing dlu (tiada water filter) me mmg pastikan stok air mineral sentiasa cukup..letak di rumah atau di pejabat..

6.Tetapkan waktu minum air
Contoh..lepas bangun tido, setiap kali lepas solat, sebelum ke ofis, selepas sampai ofis, setiap setengah jam di ofis, setiap kali lepas buang air, sebelum balik kerja,selepas sampai rumah dan sebelum tido..jadi bila dah terbiasa dgn waktu2 disiplin minum air,kita takkan lupa lagi..

botol air untuk ke pejabat..biasa tgh hari dah habis n me refill semula, tahan sampai petang, balik rumah refill lagi untuk bekalan sebelum tdo..

 sekian,selamat minum air :)