Tuesday, 4 February 2014

Cuti2 CNY di Bukit Gambang Resort Part 1 (apartment)

Assalamualaikum...

U all dah start kerja ke?? Me baru start keje hari ni :)

Cuti CNY yang lepas kami sekeluarga (me,Encik Abah and my family) pergi bercuti di Bukit Gambang Resort..booking online..kami ambil pakej Caribbean RM668 - apartment 2 bilik include breakfast utk 4 orang, tiket Safari utk 4 orang dan tiket waterpark utk 4 orang..

Gerak hari Sabtu pagi dari Segamat..sampai Kuantan tepat 12.00 tgh hari..kebetulan ada kwn kat Kuantan..dia jemput me sekeluarga makan tgh hari di rumahnya..dah lama tak jumpa kwn ni..lepas makan n rehat2 kami gerak ke Gambang..sampai Gambang pukul 2.30ptg..as expected,mmg sangat ramai orang sempena cuti CNY..tp disebabkan waktu ni je semua org dlm family cuti...kami on je la..n that is y kami pilih Gambang..sebelum tu ada 3 pilihan..Melaka,Cameron atau Gambang..Melaka n Cameron mmg confirm jalan jammed..lagipun kalo Melaka n Cameron dari satu tempat nak ke satu tempat lain perlu drive..me pernah ke Cameron masa CNY 2 tahun lepas..mmg penat dalam kereta je...sampaikan dalam jammed tu boleh bau kereta org lain yg hangit..at least bila kat Gambang ni even ramai org kita dah x perlu drive utk ke tempat lain..semua ada dlm tu je..

Masa nak check in siap kena ambil nombor giliran..huhu..mcm kat wat urusan kat pejabat kerajaan pulak ye..hehe..dalam 30min jugak menunggu..

puas dah rotate..jadi mcm ni jugakkk...ni mesin ambil no giliran

kaunter check in

Keadaan dalam apartment

ruang tamu..

dapur

bilik  

Ada dua bilik..setiap bilik ada bilik air..2 katil single yg dirapatkan..katil besar...boleh baring 4 orang..hehe..bagi me apartment ni ok la..cuma yang tak best xleh pinjam iron..nak iron baju kena g bilik khas utk iron..huhu..me paling xsuka mcm tu..leceh sbb kena angkut baju2 yang nak di iron..pastu angkut balik masuk bilik..adehhh..

Pas masuk bilik, rehat jap..mandi n solat..n keluar balik g Safari pulak..masa ni dah kul 4 petang..nak ke Safari tu u all boleh drive sndr atau naik Tram..free je..kami pilih naik Tram sbb kalo drive sndr confirm susah nak dpt parking...lagipun Safari n apartment tak jauh pun..x smpai 5min nek tram tu...

Cerita ke Safari next entri :)

Thursday, 16 January 2014

pengubat hati yang gundah

Assalamualaikum :)

Walau dah terlambat..nak ucap juga Salam Maulidur Rasul pada semua kwn2 TTC..

Cuti Maulidur Rasul hari tu me tak balik JB,tp Encik Abah yang dtg Mersing..kitorang stay kat hotel mcm biasa..x pergi masjid pun sbb Encik Abah takde gang katanya..kalau kat JB biasa mmg jadi tradisi keluarga g masjid Sultan Abu Bakar tu..

Hari cuti tu kitorg lepak kat hotel je..sambil dgr ceramah Maulidur Rasul dari Masjid Putra kat tv..ada Ustaz Kazim berceramah..me sambil dgr sambil w.app dgn sorg kwn ni..Miss S..dia ni bakal berkahwin Mac nanti..tapi dia ada masalah tulang belakang..doc kata kalau dia pregnant pun kena bersalin czer..n dia ada masalah senggugut teruk..n cerita ttg kerisauan dia about pregnancy..n dia juga ckp yg dia kesian kat me,sunyi takde baby..hurm..me jawab kat dia "aku redha je,sbb ni semua ketentuan Allah..Allah ada perancangan yang baik untuk aku" n dia kata "tabahnya kau"..me ckp kat dia xyah fikir sgt,sbb Allah yang tentukan semua..pastu kitorg borak2 pasal kwn2 yang lain..n me baru perasan yang kwn2 me satu U dlu ramai yg tgh pregnant n baby bakal lahir tahun ni..sorg 7 bulan (2nd baby,anak 1st bru setahun lebih), sorg 8 bulan, sorg 6 bulan...n sorg lg yang baru kawen dah 2 bulan...tetiba rasa mcm Ya Allah..aku sorg je?? hati terus rasa sedih..rasa rendah diri...

Tetiba dgr ceramah Ustaz Kazim..lebih kurang mcm ni la..

Satu hari,ada seorang hamba Allah mengadu pada Nabi ttg kematian 3 anaknya..beliau bertanya pada Rasulullah..apakah kebaikan kematian anaknya tu..n Rasulullah menjawab "anak-anakmu akan menunggu mu di pintu syurga"..kemudian datang lagi seorang yang kematian seorang anak n bertanya soalan yang sama..Rasulullah menjawab "anakmu juga akan menunggu mu di pintu syurga"..tiba-tiba Aisyah,isteri Rasulullah bertanya "bagaimana dengan kami Ya Rasulullah..kami yang tidak punya anak yang menunggu kami di pintu syurga..siapakah yang akan menunggu kami??" dan Rasulullah pun menjawab "aku sendiri yang akan menunggu kamu semua"

Subhanallah..berair mata me mendengar kata-kata Ustaz tu..tapi Ustaz kata dengan syarat REDHA..

Encik Abah pun kata kat me "ha..dengar tu"

Allah...hilang segala duka lara yang me rasa sebentar tadi..
InsyaAllah akan mendidik hati supaya lebih redha...

Wednesday, 8 January 2014

Petua Untuk Suami

Assalamualaikum..

Hari ni me nak share salah satu petua yg me dah lama tahu,tp baru dicuba iaitu

Susu Kambing bersama Kurma dan Kacang Badam

Hari raya lepas my cousin dah bgtau dah petua ni utk dicuba,tapi asyik bertangguh je..minggu lepas ada member bgtau lagi ttg petua ni,tp apa yg menyebabkan me bersemangat nak cuba adalah dia kata

"petua ni kalau nak amalkan,suami yang kena buat semua..isteri xleh tahu..konon2 mcm surprise la..dah siap hidang kat isteri,minum sesama"

Suami yg buat?? best2..boleh manja2 cket kan..bukan senang nak dpt minuman hidangan suami ni..hihi..me pun bgtau la Encik Abah...suh dia google sndr camne nak kerjakan badam,kurma n susu kambing tu..

Weekend tu keluar g beli barang n makan Pizza kat Angsana..Encik Abah kata ayang masuk dlu,cop tempat, abang nak g Digi jap..me pun masuk la Pizza (ok,x pantang fast food di situ) x lama pastu Encik Abah dtg bwk sebungkus badam n kurma..mmg surprise! haha..

Esoknya Encik Abah kata nak kuar lagi..nak g hantar kain langsir utk jahit tepi..lama gak dia kuar,me ingat dia tunggu auntie tu siap jahit..rupanya dia g cari sebotol susu kambing...surprise lagi!! hihi...

Pastu dia pun Pung Pang Pung Pang kat dapur sorg2..dari A sampai Z..sampai kemas dapur..me cuma dtg bila dia kata kurma tu kena masukkan sesama..

Apa yang me tau caranya:

1.Sangai kacang badam-badam ni makan mcm tu je pun sedap..mcm makan snek!

Google Image


2. Buang biji kurma (part ni kami buat sesama)

 Google Image

3. Blend kurma n badam (bilangan mesti ganjil, n Encik Abah guna blender kering..masukkan susu kambing cket)

4. Pastu baru campur dalam susu kambing..dapat la 1 mug 

Google Image


Kemudian minum sesama..niatkan nak usaha dapat zuriat :)

Apa rasanya?

SEDAP!!

tapi..

Encik Abah wat pekat sgt..susah nak telan..hihi..sambil minum kena kunyah2 badam yg tak hancur..huhu..susu kambing tu pun tak hanyir..mungkin sbb dah letak kurma..lgpun me x tgk pun susu kambing segar tu..tau2 dah siap je

Encik Abah kata "kalo letak ais ni lagi sedap"

Me plak kata "kalo buat aiskrim pun sedap"

Alahai..boleh plak laki bini ni nak adjust resipi ek..hihi

Selamat mencuba!

Tuesday, 7 January 2014

negativity

Assalamualaikum..

Maaf,hari ni my mood negative..sayu hati tiba-tiba.

Malam tadi, me saje nak jenguk timeline fb my fren ni..Mrs.A..she is married on the same day with me,n she is full housewife..so FB mmg aktif..n byk post about her 1st child..then,after i know that she is pregnant again,i decide to hide all her post from my news feed..u know y kan.. semalam saje la jalan2 kat fb dia..n mmg byk post2 about her 1st child n her pregnancy..n 1 of the status yg buat me rs sayu...

"new experience..kakak tendang dari luar,adik tendang dari dalam..mommy kuat!"

lebih kurang mcm tu la..

suddenly me rasa sedih bila mengenang diri sndiri..

pagi ni tgk2 news feed kat FB..ramai yg post about their babies..geram tgk..comel2 je semua..

tetiba rasa bertambah sayu..rasa mcm dah tak sabar sgt nak ada baby sendiri..rasa mcm sunyi je takde baby..cuma sekarang ni sayu tu lebih kpd perasaan tak sabar nak rasa kasih sayang menjadi seorang ibu..kalau dlu rs sayu lebih kepada iri hati dgn kwn2 lain yg dah jadi ibu..mungkin me skrg lebih redha dgn ketentuan..cuma berharap Allah ganti kesabaran menghadapi ujian ni dgn kehadiran anak yang solehm solehah satu hari nanti..aminnn..

Sunday, 5 January 2014

cerita mimpi Encik Abah pula..

Assalamualaikum..

Sebelum ni me pernah cerita tentang my mimpi


Semalam,Encik Abah pula bercerita tentang mimpinya..

"Abang mimpi ayang kena satu penyakit, terpaksa bedah..Abang tanya doktor tu,risiko tinggi ke..doktor kata tak, bedah biasa je..Abang kata ok la..bedah la..tetiba sekolah call,ada emergency kena g sekolah..abang pun g la sekolah tinggalkan ayang kat dewan bedah..sampai sekolah,doktor call abang,ckp ayang koma..abang g la hospital balik, marah doktor,sbb tadi doktor kata takde risiko..doktor kata doktor pun x tau nape,belum bedah pun lagi..doktor cuma masukkan ubat bius je,ayang terus koma..."

Me tanya "pastu abang sedih ke?"

Encik Abah jawab

"mestilah sedih,sedih sgt..koma lama plak tu..x sedar2..pastu tetiba azan subuh..bangun2 tgk kat sebelah,ayang ada tgh tido nyenyak..lega sangat sebab mimpi je..hehe"

Me terharu dgr cerita mimpi dia tu..sebab sebelum tu me yang selalu mimpi mcm tu,me faham sgt mcm mana perasaan takut kehilangan..n mcm mana perasaan leganya bila sedar itu semua mimpi..Encik Abah mimpi yang sama..maka perasaannya sama..kami saling takut kehilangan sesama sendiri..sampai terbawa2 dalam mimpi..

Harap kasih sayang antara kami kekal hingga ke syurga :) 

Wednesday, 1 January 2014

apa yang best di tahun baru?

Assalamualaikum :)

(entri pertama 2014)

Apa yang best di tahun baru?

Tentulah set cuti tahun yang baru!

^-^

daripada zero to 25 days!!

kena plan bebetul,
harap x mcm tahun lepas
bulan Nov dah habis cuti
hihi

 agak bz today,
byk report nak kena submit
(Johor tak cuti)


Selamat Tahun Baru u all!!



Tuesday, 31 December 2013

Minggu terakhir 2013

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari terakhir 2013..esok insyaAllah akan masuk 2014..

Hujung minggu hari tu kami sibuk ke sana ke mari nak uruskan ttg renovation Viscaria..hari Sabtu pagi jumpa kontraktor kitchen cabinet, petang ke kedai lampu dan kedai peralatan elektrik, malam ke Jusco..hari Ahad pula pagi appointment dgn kontraktor plaster ceiling, petang kontraktor grill..semua kontraktor nak confirmation cepat..n kami pun mmg nak cepat2 confirm n deal harga dgn mereka..sebab apa? sebab tahun 2014 nanti semua harga barang akan naik!! confirmed!!

Kontraktor kitchen cabinet,plaster ceiling n grill bagi tahu mmg tahun depan dia akan bagi harga lain..lagi tinggi..jadi kami kena confirm awal utk dptkan harga tahun 2013,walaupun projek mula 2014..pergi kedai lampu n kedai elektrik pun sama..staff kedai elektrik kata,ada supplier brg elektrik dah bg quotation harga untuk 2014, ada yang naik 10%..jadi kami pun beli semua brg keperluan..collect tahun depan bila rumah siap...

Nak masuk rumah sendiri ni mcm2 kena buat..ada yg suggest kami ambil satu kontraktor saje utk buat semua..KC,plaster ceiling,grill,jimat katanya...tp kami x jumpa kontraktor yang sesuai utk buat semua..ada yg ok bab renovation,tp KC yg dia offer x menarik..ada yg specialist bab grill,tp harga renovation x masuk akal..jadi kami ambil kontraktor yang berbeza utk buat perkara yang berbeza..beza harga total pun dalam 1-2k je..

Kerja-kerja renovation belum boleh mula lagi..sebab skrg masih dlm proses check defect n suruh developer repair mana yang tak ok..utk masuk rumah baru ni mmg kena check betul2..sebab kalo renovation dah start,takut nt developer xnak btanggungjawab pulak...

Byk kerja sebenarnya nak masuk rumah sendiri ni..tapi perasaan tu sgt seronok..bila kita sama-sama pilih KC, pilih barang2 elektrik,pilih grill..tu belum bab basuh rumah n pindah barang..confirm penat,tp seronok..hihi..syukur atas anugerah Allah yang satu ni..Alhamdulillah..

Semoga tahun 2014 akan dipenuhi dgn kebaikan..
Kepada rakan-rakan TTC sekalian, Selamat Tahun Baru.. semoga kehidupan kita akn menjadi lebih baik, n kita semakin positif dalam menghadapi dugaan mendatang :)