Wednesday, 20 February 2013

Monday, 18 February 2013

CD48

Assalamualaikum..

Today is CD48 already..my 'makcik' masih tanak datang..UPT 3kali still negative..perut makin membesar mcm pregnant..breast sakit..stress!!

Stress bila memikirkan yg my period is not normal as another woman! itu maksudnya i am 'tak subur'...and i really hate that words!

Dah tak tahu nak buat ape utk regulatekan period ni..rs mcm nak give up je buat mcm2..penat! sangat penat!

*mmg akan ada hari yang kita down sangat..and today is the day..just bear with it =(*

Friday, 15 February 2013

result HSG

Assalamualaikum =)

Selasa minggu lepas (punyalah lama baru nak update...) Umi ke hospital untuk review result HSG..alhamdulillah semua normal..tube no blockage..n bentuk uterus yg Umi kata mcm retroverted tu pun sebenarnya tak..doc kata semua ok jek..so plan lepas ni doc nak tgk darah semula..menses nanti check darah on CD2..n review masa CD2 on the next next menses.. hurm.. lama lagi...gitulah gamaknya gomen hosp ni kan..tp i like..sbb x rushing2 nak wat treatment..relaks2 sudah..kalo rushing2 stress..manalah tau relaks2 tunggu result darah nt ade good news kan...insyaAllah..

Umi tgh pening ni..hr ni CD46!!!!.. dah 2 minggu lewat.. hari tu CD35 ada buat UPT..tp negative!! so skrg ni tak tau la nak repeat ke tak..mcm malas jek.. takut kecewa jek..

Sapa ada petua nak bg regular period ni.. hr tu tanya kwn2, dorg suggest EPO..ok ke?tak pernah jumpa pun EPO ni..so kalo period gak pas ni nak try EPO la..

Wednesday, 6 February 2013

al-fatihah

Assalamualaikum..

Pagi td masa otw nak g keje, emak Umi tel dr kampung..bgtau yang sepupu Umi dah meninggal..terkejut sangat ms dengar berita tu..sebab sebelum ni arwah tak sakit ape2 pun..tetiba dpt tau arwah dah takde sebab kena serangan jantung pagi td..meninggal di hospital..

Arwah seorang lelaki, umur dlm 38 kalau tak silap..badan kurus jek..tp yelah..dah takdir Allah kan..serangan jantung ni bukan boleh dijangka.. kesian kat isteri arwah..tak bekerja..anak 4 orang..3 lelaki n sorg perempuan..yang sulung lelaki baru Form 1..yang bungsu perempuan (anak yang dinanti-nantikan) belum pun setahun rasanya..sedih bila mengenangkan perasaan isteri arwah...

Arwah anak tunggal..anak yatim dari kecik, mak dia meninggal ms dia budak lagi..pastu ayah dia kahwin lain..ayah dia pun meninggal dalam 3 4 tahun lepas..

Last jumpa arwah masa raya tahun lepas..borak2 mcm biasa,arwah mmg peramah n baik..2minggu lepas arwah ada sms ckp nak dtg rumah, tp ms tu kami takde kat rumah pulak..tak dapat datang...

Semoga isteri n anak-anak arwah tabah menghadapi dugaan maha hebat ni..insaf rasanya..hargailah setiap saat bersama org yg tersayang, sebab kita tak tahu bila kita akan kehilangan mereka, atau kita yang pergi dulu..

al-fatihah..


Thursday, 31 January 2013

kereta mayat

Assalamualaikum =)

Terbaca satu quote dr FB Hamka (kereta mayat)

"Janganlah kamu fikir suami isteri yang tiada zuriat itu banyak wang, kerana rawatan kesuburan lebih mahal harganya "

so true..

Tapi sbg TTC wang bukan perkara utama, takkan berkira demi mu anak..

Tuesday, 29 January 2013

PJJ : perkahwinan jarak jauh

Assalamualaikum semua =)

Selamat kembali bekerja..ramai yang update kisah cuti-cuti ye..Umi cuti balik kg jek..hehe...

Minggu lepas Umi dapat tau yang Umi 'dipaksa' bertugas di Hospital Mersing,Johor..mmg post kat sana,cuma dipinjamkan ke Hospital Kluang ni.. sekarang equipment kat Mersing dah lengkap, kenalah memulakan tugas di sana..kalau tak KKM kata 'wasted'!!

Bila mula bertugas tu tak tau..tunggu surat cinta dari JKN Johor jek.. dah nama pun 'saya yang menurut perintah' maka terpaksa la turutkan..walau hati berat berpuluh-puluh tan!

So lepas ni bermulalah semula kisah PJJ Umi n Encik Abah..bezanya PJJ kali ni dekat jek, Mersing-JB, boleh balik setiap minggu..tak mcm tahun lepas, Kuching-JB, sebulan sekali je balik..

Bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmahnya kami belum ada zuriat..hikmahnya  ni lah..kalau ada anak mungkin susah utk PJJ, mungkin Umi pun tak sanggup hadapi ujian PJJ kalau dah ada anak..Allah lebih mengetahui..Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi..perancangan Allah yang paling baik! 

Alhamdulillah....

Walau mcm manapun Umi tetap mengharap..hari ni CD30...tunggu dan lihat...


Wednesday, 23 January 2013

petua org dulu2 vs rasional

Assalamualaikum =)

Weekend lepas my SIL1 yg pregnant tu n husband dia balik umah MIL..kebetulan mmg Umi n Encik Abah stay kat umah MIL buat sementara waktu ni..masa diorg sampai Umi dalam bilik baru lepas solat..pastu turun la salam semua..n duduk je kat ruang tamu tu..tetibe my biras (husband SIL1) kata:

"Umi..g la pijak kaki si Kak ** tu.."

--> petua org dulu kalau nak pregnant,sila pijak ibu jari kaki org yg tgh pregnant.

Petua ni dah lama Umi dgr,mmg sebelum my SIL1 pregnant lagi dia ada bgtau pasal ni..tp Umi setakat dengar je la...bila my biras pulak yg suruh tetibe jek, hati ni terus tersentap..Umi pun jawab:

"Nak buat apa pijak,kang patah pulak kaki dia"

Bila dah jawab mcm tu, my biras diam jek,tp Umi still x puas hati..xkan ku benarkan maruahku dicabar!!hehe..Umi pun kata:

"Abg K****, kalau lah sesenang mcm tu je nak dapat anak, dah lama semua hospital tutup, doktor2 pun tak payah datang keje!"

Dia jawab:

"Hospital tu utk org yang tanak dgr ckp org tua..."

Umi like  "err..what der??"

Malas nak layan..belajor tinggi2 tp takleh fikir rasional..

Ape rasionalnya pijak kaki org pregnant,then kita pun pregnant? boleh fikir tak?? takde kaitan langsung!!

Lainlah kalau dia suggest, cuba la makan ni ke makan tu ke, or cuba g berurut kat situ ke sini ke...nampak la jugak rasionalnya..n Umi boleh la terima..

Tapi pijak kaki org pregnant??

Kdg2 petua org tua ni mmg ada kebaikannya..tp kita generasi skrg kena fikir dulu la sebelum ikut secara melulu...Umi bukan nak merendah-rendahkan petua, sebab ada gak petua yg Umi amalkan..tp yg boleh nampak rasionalnya la..contoh mcm minum susu kambing n kurma, atau letak bantal kat punggung ms bersama..itu di kira petua sebab doktor takde suruh kita buat mcm tu..

Entah la..mungkin sbb Umi berada dalam bidang kesihatan..so kalau tak nampak logik dr segi kesihatan tu..mmg susah cket nak percaya la..

Ok, to all TTC..SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..

N selamat bercuti..mungkin ada yang sambung cuti terus..like me! =)