Friday, 17 June 2016

PENGALAMAN IUI PERTAMA


Assalamualaikum..lama tak bersiaran kan...

Me dah selesai menjalani proses IUI...IUI....perkataan yang berlegar2 dlm kepala sejak dua tiga tahun lepas...tapi bila dah selesai menjalani proses tu,rasa mcm mimpi pulakkk...tak sangka sampai ke tahap ini proses TTC kami...

Me mulakan dgn clomid 1 biji sejak 3 cycle lepas..cycle pertama TVS on CD12 tak ada telur..cycle kedua, 2 biji clomid, telur ada 3 biji tapi x cukup besar,1.2cm je and doc xnak teruskan IUI..cycle ke tiga 3 biji clomid, TVS CD12 ada 3 biji telur tapi size masih tak cukup. Nasib baik cycle ke tiga jumpa pakar terus, jadi dia suruh datang lagi CD21 (sbb my cycle panjang kan,mgkin ovulate lambat). Jadi CD21 me dtg balik telur tinggal sebiji je,tapi size dah ngam untuk IUI. Dua telur lagi doc kata mgkin dah pecah secara semulajadi..doc kata kita cuba IUI..wah terus bersinar2 mata tgk doc...dlm hati kata inilah yang aku tunggu-tunggu selama ni..haha... doc bekalkan dgn ovidrel.kena inject jam 8 malam. Malam tu bawa ovidrel g klinik swasta, mintak doc cucukkan..hehe..x berani cucuk sndr. Encik Abah lagi tak berani..

CD23 pagi2 lagi kami dah gerak ke hospital..sampai hospital serahkan sperm..sperm akan dicuci terlebih dahulu, hanya yang betul2 berkualiti shj akan diambil. Proses mencuci sperm mengambil masa 2 jam..jadi sementara tu me hantar Encik Abah ke sekolah dlu (beliau xnak amik cuti). Lepas hantar Encik Abah, me patah balik ke hospital. Masa tu sperm dah ready. Yang assist doc masa prosedur tu adalah MA(medical assistant) perempuan. Doc yang jalankan prosedur tu pun doc perempuan.  

Mula2 doc explain la ttg proses IUI ni..sbb dah banyak kali google sana sini,jadi mudah la utk me faham apa yang doc explain tu. Lepas explain,doc cuci part tu..then masukkan speculum (yang kalo kita google tu diorg sebut muncung itik). Masa masukkan speculum ni rasa sakit sikit je..me rasa masa buat HSG dulu lagi sakit kot...kemudian doc inject sperm yang dah dicuci tadi...keluarkan speculum dan SIAP!! Sekejap sangat rasanya...tetiba,eh aku dah jalani IUI..mcm mimpi jek..haha... Lepas siap prosedur tu doc suh baring 30minit..rehat..masa ni doa je la..tawakal pada Allah...lepas 30minit MA bagi kad app..dtg 2nd day period atau kalo tak period g klinik buat buku merah...

Malam sebelum buat IUI tu me buat solat hajat, bukan kena mintak berjaya je prosedur ni..tp lebih baik kita mintak apa pun keputusan yang Allah dah tetapkan nanti,mohon la kita dikurniakan keredhaan yang sangat tinggi..me terus terang mmg harapan sangat tinggi dgn IUI pertama ni, tapi me sedar..Allah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya..sebelum kita buat prosedur ni lagi Allah dah tahu keputusannya,jadi mohon la keredhaan hati..tu lebih selamat..supaya kita tak hilang pedoman bila gagal..

Sepanjang dua minggu menunggu ni, mmg me tak buat kerja berat,jalan pun slow2 jek (keje kat klinik mmg kene jalan laju weiiii..kadang2 lupa). Encik Abah byk tolong buat kerja rumah...dlm hati mmg terasa alangkah indahnya kalau betul2 pregnant nanti...berdoa dan berdoa...

Seminggu lepas IUI dah mula rasa cramping..mmg tanda2 nak period la tu..dan akhirnya period menjengah pada hari ke 14 selepas IUI,jam 2 pagi, tanda IUI pertamaku gagal! Hati sebak, tapi berjaya tahan diri dari menangis..tapi kalah bila bgtahu pd Encik Abah subuh tu, dia wat cool...insyaAllah ada rezeki lain kali...tu ayat biasa beliau..masa tu mmg xleh tahan dah..menangis lah jugak..ptg tu pun menangis lagi...yup, mmg sedikit sedih, tapi me xkan putus asa..akan cuba utk kali ke dua..

App dgn doc masa Day2 period, doc tanya nak teruskan 2nd IUI ke? Me terus jawab nak,tapi after Hari Raya..doc bgtau boleh buat berapa banyak kali pun IUI yang kita nak...

Itu shj lah pengalaman pertama IUI ni...at least dah berusaha kan..Allah yang menetapkan..takde satu perkara pun yang jadi dengan sia2,pasti ada hikmah..insyaAllah..

Selamat berpuasa uollss!!

Sunday, 24 January 2016

Pengalaman istihadhah..

Assalamualaikum..
 
Nak kongsi masalah istihadhah yg me tgh alami skrg ni. Ini kali pertama me berhadapan masalah istihadhah, sblm ni mmg tak pernah.
 
Cycle lepas kan my period turun sbb induced by duphaston, tapi period tu keluar mcm segan2 jek..x mcm selalu..habis pun awal,cd5 dah kering betul. Jadi me pun rs mcm x puas period tu mcm x keluar habis..masa cd2 me ada bgtau doc,tp doc x komen ape2 pun..
 
Masa TVS cd10 tu doc ade ckp dlm rahim mcm ada fluid, mcm x abis keluar,tp doc xde bg action ape2,dia cuma concern psl xde dominan folikel..jadi me pun ingt ok la..
 
tup2 cd 17 keluar spotting..berlarutan sampai cd20,tp keluar sangat sikit..sehari sekali jek..bila me tanya kwn2 dorg kata mgkin implantation bleeding,tp me mcm x yakin..ovum xde mcm mana nak implantation.n lg 1 kalo ikut kiraan mcm terlalu awal untuk IB.
 
cd20 pulak terus bleeding mcm period..me rasa..ni rasa jek la ye..ni mgkin period me yang x abis keluar lagi masa induced by duphaston tu..sampai hari ni cd23 masih lg bleeding mcm period yg normal..jadi me consider ni adalah my period,tapi disebabkan dah lepas 15hari.wajib solat sbb lepas 15hari dah dikira istihadhah...yg ni pun me tanya byk org,kwn2 tmpt kerja,kwn lama n termasuklah ustazah sekolah Encik Abah..semua jwb wajib solat..
 
Tapi mmg la sgt sukar untuk solat masa istihadhah ni..kena cuci setiap kali sblum solat,tukar pad,tukar panties..mmg cuti 3hari ni me tak ke mana-mana la..susah nak solat kat luar..huhu..
 
Lagi 1 kemusykilan, me kan dah dibekalkan clomid untuk diambil pada cd2-cd6..tapi sbb me mcm yakin x yakin jek period ni..me x ambil dulu...tgu next cycle baru amik..takut makin pening hormon dlm bdn ni...huhu..nak tanye doc,hosp tutup...pandai2 sndr jek la...boleh mcm tu? haha...
 
apa kata kwn2? bole bg pndangan tak..mmg pening dah me fikir psl period ni..

Wednesday, 20 January 2016

IUI, tak semudah yang di sangka

Assalamualaikum...
 
Last entry berkenaan TTC berdoktor..bulan Oktober...Ya Allah sekejapnya masa berlalu..
 
Me dah mulakan TTC berdoktor awal Disember tahun lepas. Pada mulanya sekitar awal November,kami membuat temujanji dengan Hospital Columbia Asia,Nusajaya. Tapi semasa tarikh temujanji tu me demam pulak, x jadi pergi..dan terus bertangguh2 untuk set tarikh semula..
 
Sehinggalah bulan Disember, kami decide untuk teruskan rawatan di hospital kerajaan shj. Alhamdulillah,urusan untuk dapatkan app dipermudahkan..dapat app awal bulan..salah satu faktor kami pilih hospital kerajaan adalah sbb me kerja di sini, senang untuk dtg follow up, dan Encik Abah pun dah mintak maaf awal2 sbb dia xkan boleh dpt teman setiap kali ada app..cikgu bukan senang nak dpt cuti kan...jadi me pun kena faham keadaan beliau..dtg app sorg2 dari tempat keje, ape ada hal kan...hehe
 
Hari pertama datang,me jumpa dgn doktor houseman,doktor baru kan..jadi nmpak lah dia mcm blur2 jek..sekejap2 keluar bincang dengan pakar..tapi takpelah,nak wat mcm mana..disebabkan me dah pernah ada rekod pada 2012,me terus ckp ngan doktor tu saya nak buat IUI,dan dia terus setuju..disebabkan period me tak regular,dia bekalkan me dgn Duphaston untuk diambil selama 21 hari..dan dtg semula CD2 period..
 
Lepas habis duphaston hari ke 21, esoknya terus period..cd2 dtg jumpa doktor,kali ni me mintak MO terus, xnak jumpa HO dah..tanye gitu gini, doktor bg clomid pulak..makan  50mg (1biji) cd2-cd6.. dtg scan balik cd10,untuk TVS. TVS ni scan dari bawah, doktor masukkan rod tu kat vagina,untuk scan folikel telur..cd10 dtg, xde dominan folikel,doktor minta repeat cd12..n cd12 pun xde jugak dominan folikel...maka dgn sedihnya doktor kata x boleh proceed IUI cycle ni..sambung makan Duphaston lagi..kemudia period amik clomid pulak,kali ni hi dose cket..100mg (2biji)..
 
Sedikit kecewa la sbb tak boleh proceed IUI..hmm bukan senang rupanya..kena ada telur yang cantik n matang baru boleh proceed..tapi xpe..keep positive!! Next cycle kita cuba lagi....bye!

Thursday, 22 October 2015

TTC "berdoktor"

Assalamulaikum...
 
Lama dah rasanya tak menulis ttg TTC...hampir 2 tahun kot? Puas dah berehat, cukup lah bertenang..perlu start enjin semula rasanya ni...hihi..
 
Alhamdulillah sepanjang setahun duduk sebumbung ni, my cycle normal..bole dikatakan hampir setiap bulan jumpa EWM..yakin masa tu adalah waktu subur, insyaAllah,tapi masih belum rezeki..ngam2 2 minggu lepas EWM period pun muncul...ok la,xde feeling2 pregnant..haha...
 
Spjg silent mode, me belajar 1 ilmu baru dr grup TTC..jika period kita lewat, sebenarnya bukan period kita yang delay, tapi ovulation kita yang delay..normally lepas 2 minggu dr tarikh ovulate, period akan dtg...jika tak dtg 2minggu lepas ovulate, itu bru dikira period delay..contoh mcm me, bila cycle 40hari..dulu me ingat period delay 10hari...tp bila da tau, sebenarnya EWM muncul masa cd26..delay hampir 10 hari dr tarikh sepatutnya ovulate (biasa cd15)..jadi normal la bila period muncul on cd40 (2 minggu lepas cd26)... mcm tu jugak masa cycle me jadi 60hari...me perasan EWM muncul masa cd46..which is sangat lambat kan....tp period ttp dtg 2 minggu lepas tu...fhm kan?
 
Ok, balik pd citer asal..smlm me call Columbia Asia Nusajaya set app dgn Dr Rohaini..dpt tarikh 13hb Nov..insyaAllah nak start semula TTC "berdoktor" ni..sebelum ni TTC tanpa tauliah jek...huhuhu...doakan...

Wednesday, 9 September 2015

Kelapa ditebuk tupai

Assalamualaikum..

Seumur hidup me, 1st time tgk kelapa ditebuk tupai..




Ini la ghupenyer..

Saturday, 8 August 2015

Masih syawal kan?

Assalamualaikum..
 
Masih dalam Syawal,jadi rasanya belum terlambat untuk me mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin kpd kwn2 blog semua...masih mood raya kan? Open house masih di sana sini sampai kembung2 perut sumbat makanan...haha..
 
Raya kali ni,raya kali ke 5 sebagai suami isteri..Alhamdulillah soalan maut boleh dikatakan hampir zero..good! Mood raya sepanjang masa tanpa ada mulut2 kepochi yang mengguris hati,err tp sbenarnya dah aim, mmg elakkan jumpa makcik2 mulut kepochi tu..bahaha..lebih baik elak terus dr buat dosa kering lepas salam kosong2 kan?
 
ok,jumpa lagi (bila taktau...bzzzz...)

Saturday, 11 July 2015

Disahkan Thalasemia Minor

Assalamualaikum..
 
Masa admit demam hari tu doc tgk my Hb level rendah.. less then 10..doc suggest untuk wat talasemia test.me setuju je..
 
Lepas seminggu dtg follow up...keputusannya
 

Me disahkan Beta-Thalassemia (minor)
 
Actually me mmg dr dlu lagi Hb low..masa sekolah dulu doc diagnos anemia jek..me pernah jugak makan iron tablet tp xde kesan..kawan2 pun selalu tegur muka me selalu pucat..
 
Sebelum ni me baca Thalasemia ada 2 jenis, pembawa dan penghidap..tapi bila me tanye doc, doc kata pendapat tu salah..semua pesakit yang ada thalasemia adalah penghidap, bezanya minor atau major shj..bg penghidap minor penyakit tak menunjukkan dirinya,penghidap cuma mengalami anemia shj..tapi bagi penghidap major,penyakit mmg terus menunjukkan diri drpd bayi lagi..pesakit perlu sentiasa menjalani transfusi darah kerana pesakit mmg sangat2 kurang darah merah.
 
Thalasemia minor tidak ada rawatan..seumur hidup pesakit akan mengalami Hb yang rendah,tapi badan pesakit dah biasa dengan keadaan tu,dan itu adalah normal bg pesakit thalasemia minor. Doc x galakkan ambil iron tablet kerana punca utama kurang Hb bukanlah kekurangan zat besi,tetapi kilang darah merah sendiri yang tak mampu menghasilkan Hb yang tinggi. Jika ambil iron tablet,pun tidak memberi kesan, kerana iron akan dikumuhkan terus dan tidak digunakan,malah akan menyebabkan badan berlebihan zat besi..jadi doc suggest natural diet shj..makan banyak sayuran hijau dan susu..daripada pembacaan me B complex juga boleh membantu untuk tenaga, dan Vit E sebagai antioksidan yang melindungi sel darah merah drpd cepat rosak.
 
Thalasemia minor boleh mewariskan penyakit pada anak, dan jika suami pun ada Thalasemia minor, peratus anak untuk menghidap thalasemia major adalah lebih tinggi..jadi doc suggest untuk suami juga menjalani ujian darah untuk mengesan thalasemia...
 
Me juga tanya pada doc, adakah thalasemia ni punca me sukar untuk conceive, doc kata tak ada kaitan langsung..lega sikit dgr jawapan doc tu..bila me cerita pd kawan ofis me, dia ni ex TTC 4 tahun..dia kata dia pun ada thalasemia minor, doc detect masa dia pregnant sbb Hb sangat rendah..dia kata takyah risau..xde ape2 pun..cuma mungkin masa pregnant nt cepat letih..
 
So skrg dah ada 2 diagnosis dalam badan me...PCOS dan Thalasemia minor..alhamdulillah ujian yang boleh me hadapi lagi...