Thursday 29 January 2015

Tips : Bawa bekal ke pejabat

Assalamualaikum..
Sejak-sejak duduk dgn Encik Abah semula ni mmg me bawa bekal setiap pagi, untuk me n untuk Encik Abah..actually tradisi bawa bekal ni mmg me dah praktikkan sejak awal2 kawen dlu,masa bertugas di Kuching,sbb makanan di cafe tak menepati citarasa kami,jadi kami bawa belakan je..

Sebenarnya bukan mudah nak bawa bekal ke pejabat ni..mengikut pengalaman me, ada beberapa tips untuk bawa bekal ke pejabat

1.Memerlukan keazaman yang tinggi
Bukan mudah..kena bangun awal pagi, kena bawak extra beg untuk letak bekal, balik kerja kena kemas n basuh bekas makanan pulak..kalo xde azam yang tinggi, terus decide nak quit je..beli kat cafe lg senang

2.Persiapan awal
Balik pasar terus bersihkan n siang lauk-lauk..asingkan siap2 simpan dlm bekas kecik2 sebelum simpan dlm peti sejuk..nt nak masak dah mudah,capai aje..biasa me untuk sarapan me siapkan sebelum tidur, blend segala bawang n lada..lembutkan ayam/udang/sotong..esok pagi2 tinggal campak dlm kuali/periuk je..untuk tengah hari pulak adalah makanan untuk makan malam sebelumnya...lauk untuk makan malam tu asingkan siap2 untuk bekal tengah hari..
 
contoh bekas kecil simpan rencah untuk sarapan (sotong,udang, isi ayam) credit

3.Pemilihan bekas makanan
Bekas makanan haruslah menarik, ringkas n dpt menampung makanan tanpa tertumpah..supaya kita x rasa jemu n leceh nak bawa bekal..tupperware pun byk pilihan,ada yang bertingkat, ada yang byk compartment..tapi pd pendapat me, untuk makanan berkuah, tupperware agak x sesuai..sbb minyak2 dr kuah tu masih boleh tertumpah jika bekas makanan terbalik..me beli bekas jenis airtight di kedai DIY,harga tak sampai RM10..terbalik pun tak kisah..

bekas comel yang dibawa setiap hari,beli kat DIY
4. Sila jemu dengan makanan kantin/cafe
Biasanya menu kat kantin/cafe sama je setiap hari..nak makan pun dah jemu..jadi lg baik bawa bekal, bole ikut tekak sendiri

5. Masak menu yang simple
Senang citer, menu yang kita dah pakar la..pejam mata pun bole masak..hehe...jadi cepat je siap masak tu..kalo nak cuba masak menu baru,cuba masa weekend..nak masak nasi kerabu ke, siakap 3 rasa ke..ha...masa weekend la nak masak sambil baca buku (buku resipi..hehe)

6.Reward diri 1 hari
Dalam seminggu,pilih la satu hari untuk rehat..pergi keluar makan dgn kawan2 kat luar..cuba makanan baru atau kedai makan baru..tak la rasa terperap je kat opis kan..biasa me reward diri hari khamis..sarapan beli kat kantin (amik peluang oder my feveret teh tarik) n khamis balik awal,g kluar makan2 ngan Encik Abah..

Jadi,sahut la seruan kerajaan agar kita bawa bekal ke pejabat.. JOM BAWA BEKAL!
 
 
   

Tuesday 27 January 2015

Tazkirah Suami TTC kpd Isteri TTC

Assalamualaikum..
 
Throwback hari kejadian,CD2 malam..me masih dlm mood sedikit sedih sbb cycle ke 5 sejak duduk serumah masih failed to conceive..
 
Lokasi, dalam kereta otw balik rumah lepas keluar dating hujung minggu..mood santai..me mulakan bicara dengan mukadimah
 
"Kalau bayi tu bole kita tempah di kedai, mintak quotation dan tempah satu kan senang" (kesan baru balik dr tempah langsir raya)
 
Encik Abah seperti biasa, gelak sedikit je..
 
"Abang ni kisah ke tak kita ni takde anak?" mood me dah mula berubah..
 
"Nak kisah apanya,dah Allah belum nak bagi..kita redha je la"
 
Me diam.
 
Encik Abah sambung lagi 
 
"Abang tgk Ayang kalo period je jd mcm ni..mcm tak redha..tak boleh la mcm tu, ni kan semua Allah dah tentukan..Abang pun sedih jugak, tp tak la sampai nak monyok mcm ni..kita kena redha pd Allah, ada anak syukur, takde anak pun syukur..ni kan ujian Allah untuk kita, syukur la sbb bentuk ujian kita mcm ni..ada orang Allah uji dengan ujian lain, ada anak,tp buang anak, tak sayang anak,dera anak, anak sakit...ada orang ujian takde anak lagi lama dr kita, bayangkan perasaan diorg..cuba letakkan diri kita kat tempat orang lain..mcm Ustaz M, dah 14 tahun menunggu..Cikgu R pun sama.."
 
Me diam,dan mula menangis dalam diam. Teringat kat Ustaz M dan isterinya Ustazah J, dah 14tahun TTC, ambil dua orang anak angkat, seorang meninggal masa bayi, dan seorang lagi kini dah remaja..juga teringat pada Cikgu Z, Encik Abah pernah cerita wife nya banyak kali pregnant, tapi asyik gugur, skrg ada anak angkat 2 orang..juga teringat cikgu-cikgu lain di sekolah Encik Abah,sekolah tu ramai TTC, tak kira lelaki mahupun perempuan, malah bekas pengetua nya (lelaki) juga TTC 8 tahun sebelum dpt anak kembar, guru penolong kanannya (lelaki) juga TTC selama 4 tahun..dan beberapa lagi guru perempuan yang kadang-kadang berkongsi cerita TTC dengan Encik Abah..
 
Encik Abah sambung lagi
 
"Allah tak bg kita anak lg,bukan sebab Allah tak mampu bagi..tapi Allah belum nak bagi lagi..kita doa la lagi dan lagi...kalau Allah tak makbulkan doa kita kat dunia ni,Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih baik kat akhirat nanti..sampaikan ada hamba Allah yang kata alangkah bagus kalau semua doa aku kat dunia tak dimakbulkan Allah..Nabi Zakaria, pun bertahun-tahun menunggu untuk dapatkan zuriat..bukan Allah tak dengar doa Nabi, tp bila Allah kata nak bagi, masa tu Nabi Zakaria n isterinya telah pun uzur, kuasa Allah, isterinya boleh mengandung"
 
"Allah nak tunjukkan kuasanya sekejap je, tgk masa kita baru balik umrah tahun lepas, dalam masa dua minggu je Allah dah bg ayang transfer kat JB kan..walaupun sebenarnya sebelum tu sangat2 mustahil ayang nak transfer dalam masa terdekat..tp kuasa Allah,tiba-tiba je dapat..nanti insyaAllah kalau kita pergi umrah lagi,kita doa lagi..minta pd Allah..kita ni banyak dosa, mungkin ada dosa kita yang menghalang rezeki sampai pada kita..doa la pada Allah, minta Allah ampunkan dosa kita yang menghalang rezeki zuriat sampai pada kita..kita tak tau dosa yang mana...doa mcm tu..insyaAllah...jgn sedih2 lagi k"
 
Terus sejuk hati me bila dengar Encik Abah ckp mcm tu.. Sepanjang Encik Abah bagi nasihat tu me diam je..tp air mata laju je mengalir..sangat betul setiap kata-kata Encik Abah tu..me ni perlu diberi semangat selalu..supaya dpt sentiasa positif...
 
semoga bermanfaat pd yang lain juga..
 
 

Friday 23 January 2015

Ayat Lazim CD1

Assalamualaikum..
 
Hari ni CD1,cycle lepas 34days..
 
Walaupun dah cuba jadi sepositif mungkin,tp masih tak dpt sembunyikan kesedihan bila Cik P muncul..ni Cik P ke lima since kami duduk serumah..means 5 cycle failed..and..dah 5 kali jugak la me sebut perkara yang sama pd Encik Abah..
 
Pagi pas bangun tdo,sambil bermalas-malas atas katil..me panggil Encik Abah
 
"Abang..."
 
Encik Abah pun terus jawab
 
"Nak ajak pergi buat treatment kan..."
 
Me senyum je..nampaknya dia pun dah faham ayat lazim me masa CD1..tapi niat tu hilang bila Cik P habis, dengan harapan dapat conceive naturally without treatment..muncul balik bila CD1 muncul...gitu la...
 
Sebenarnya me sedih, Encik Abah mcm tak bersungguh nak mulakan treatment semula..bila me ajak jom, dia kata jom la..tapi bila me senyap,dia pun tak bertanya...tak kisah ke dia...xtau laa..

Wednesday 21 January 2015

WW : Transformasi Landskap

Assalamualaikum...
 
Kerja-kerja landskap dah siap semalam..tp belum bkesempatan nak buat full entry..tgk transformasi dlu la ye..full story later ye..hehe
 
view dari depan rumah
 
Laman asal (penuh rumput liar) -- >  rumput dah dibuang, tambak pasir --> rumpur karpet siap pasang
 
Alhamdulillah :)

Monday 19 January 2015

Kisah Ibu Adik Ainaa Amanda

Assalamualaikum..
 
Siapa tak kenal adik Ainaa Amanda..adik kecil comel, yang "tangannya di syurga" cukup pandai berceloteh..menarik perhatian sampai menjadi viral di facebook.. sekarang dah ada FB page sendiri lagi..rezeki beliau kan..nampak satu kekurangan, tapi begitu banyak kelebihan yang lainnya..
 
Apa yang menyentuh hati me adalah ibu adik Ainaa (Abby Hassan) ini rupa-rupanya seorang bekas TTC..TTC selama hampir 11 tahun, kemudian bila dikurniakan anak, diuji pula dengan ketidaksempurnaan fizikal anaknya..mmg ibu kepada adik Ainaa ni insan terpilih oleh Allah..
 

 
Tengok kat FB beliau pun banyak post2 yang sentiasa positif..
 
So, everyone, keep positive, walau hidup ni penuh dengan ujian :) 

Thursday 15 January 2015

Pengalaman diragut

Assalamualaikum..
 
Peristiwa ni dah lama berlaku...masa me posting di Kuching lagi..kira-kira 3 tahun lepas..
 
Masa di sana, Encik Abah akan hantar me pergi kerja setiap pagi..biasa sampai awal la..dlm kul 7.30am dah ada kat hospital..bila sampai kdg2 klinik takde org lagi..jadi me lepak surau...buat solat Sunat Dhuha..kat surau pun biasa pepagi mana ada orang kan..kalo ada pun 2 3 orang je..
 
Satu hari tu, memang langsung takde orang kat surau..me masuk bahagian wanita yang dihadang oleh tirai kain je..me solat betul-betul tepi tirai,beg me letak sebelah..antara me n tirai..masa mula solat tu terdengar pintu surau dibukak,tapi takde sape masuk,mgkin orang lelaki la..n terus g solat kat bahagian lelaki..
 
Me pun mula solat mcm biasa..tp rasa mcm diperhatikan dr blkg pulak..biar je la..masa me sujud,me dengar beg me direntap dari luar,dr bawah tirai..bila bangun dr sujud me tgk beg me dah takde...me pun terus batalkan solat, jenguk keluar..tgk ada sorg lelaki blari bawak beg me...sah,ni peragut!!
 
Me pun lari kejar lelaki tu sambil menjerit..kuasa Allah peragut tu tersekat masa nak keluar dr surau..tetiba pintu surau tak boleh bukak..me nampak dia terkial2 cuba pulas tombol pintu,padahal pintu surau tu tak de masalah pun sebelum ni..bila dia dah tersekat lama,dia pun lepaskan beg me..dia campak je beg me ke lantai..lepas je dia campak beg, terus pintu tu boleh dibuka...n dia pun berlari keluar.
 
Me tergamam..mmg pantas sangat kejadian tu..me ambil beg, jenguk ke luar surau..xde sape..dah lari agaknya..biar lah..me tak berani nak cari peragut tu..me masuk balik surau, sujud syukur terus sebab tak di apa-apakan..n beg pun selamat..
 
Mmg me rasa keajaiban sangat masa tu, Allah nak melindungi me dr di ragut..Allah jadikan pintu tu susah nak dibukak..Allahhh..masa tu mmg terus rasa insaf n kerdilnya diri ni...terus rasa kasih sayang Allah..
 
Lepas kejadian,me buat report polis kat polis bantuan hospital, bila rujuk kat Bahagian Keselamatan, katanya akan check CCTV...tp sampai me pindah balik Semenanjung pun takde ape2 berita...
 
Pengalaman yang takkan dilupakan..

Wednesday 14 January 2015

WW : Buat Landskap

Assalamualaikum..
The Design by Chaqura Enterprise
InsyaAllah..impian pertama 2015 bakal termakbul :)

Tuesday 13 January 2015

Selamanya Safi

Assalamualaikum..

Dah mcm nak jual produk skincare plak susun2 gitu... :p

Ni jenama skincare yang pernah me guna n masih guna sampai sekarang..

Safi is my favorite...forever...sejak mula kenal dengan krim2 n pencuci muka ni..dlu masa kecik kulit gelap,sunburn sbb g balik sekolah jalan kaki je..selalu berangan nak beli Fair & Lovely sbb dulu iklan Fair & Lovely je yang ada kat TV..mintak duit ngan mak nak beli krim muka, mak tak bagi...nanti jerawat mak kata..sebagai anak yang baik, lupakan je hasrat nak putih berseri mcm model Fair & Lovely tu..huhu

Pas masuk sekolah menengah, dah pandai simpan duit sikit2..dah pandai borak skincare ngan kwn2,ramai kawan2 suggest Safi..dulu yang penutup warna hijau tu..me pun beli pencuci n krim muka je..Alhamdulillah muka jadi cerah cket..masa amik lesen moto, kulit jadi gelap balik..tapi sekejap je jd cerah semula dengan Safi...

Masuk matrik pun masih kekal dengan Safi..bila Safi perkenalkan Safi Balqis, tukar dengan Safi Balqis pulak..pakai pencuci ok, tapi pelembab x ok,kulit muka jadi pedih..alergik kot, so stop pakai pelembab..pakai pencuci n krim je..kemudian Safi  Balqis upgrade Safi Balqis Perfect 10..yang ni pun ok takde masalah..sampai la kerja n berkahwin masih setia dengan Safi ni..

Tapi, bila Safi upgrade kpd Safi Balqis White Triology, muka me dah tak boleh terima dah..muka jadi jerawat pasir yang halus-halus tu..sakit plak ati kita...adik me n kwn2 me yang pakai pun jadi mcm tu jugak..hmm mmg tak sesuai la yang Triology ni..terpaksa say bye2 to Safi..

Kemudian cuba Nano White pulak...produk ni me beli complete set..pencuci,skrub,toner,serum,pelembab n krim malam..habis beratus-ratus jugak..me paling suka pelembab dia..mmg melembabkan kulit..dah setengah tahun pakai..ok je..tapi kesannya biasa-biasa je..tak high impact sgt...cewahhh..yela..produk mahal, beli complete set plak..expect dah pakai muka jd licin mcm org Jepun ke..huhu..takde maknanya...haha...

Pastu tetiba rasa rindu plak dgn Safi...beranikan diri try Safi Rania plak...beli yang trial set, set Kirana ada pencuci,serum n krim muka..so far Alhamdulillah ok..serum dia best, krim dia sama mcm Safi yang me pakai dulu2, cuma pencuci je kurang berbuih..tapi kan...mcm da berumur sgt pulak guna Safi Rania ni...haha

Set Nano White yang masih banyak tu me guna siang, n Safi yang baru ni me guna malam..huhu..sesuka hati je kan campur2...nasib baik kulit tak bermasalah sangat...

Sunday 11 January 2015

Cerita Hari Pertama Persekolahan

Assalamualaikum..
 
Hari ni 1st day @ school bg Negeri Johor..
 
Macam-macam la parents share experience anak-anak yang baru masuk sekolah hari ni...gmbr anak dgn baju sekolah baru,beg sekolah baru ..cerita anak behave,anak meragam...cikgu2 pun mcm2 cerita kerenah student baru masuk...
 
Me punya cerita 1st day @ school?
 
Nah..
 
 
Jalan jem!
Keluar dari guard house je terus jem..nasib baik sempat punch 7.59am..hehe..
 
Kepada parents yang anak dia 1st day sekolah hari ni n esok..enjoy ur moments..happy for you all, i follow later,insyaAllah...

Thursday 8 January 2015

Bila Suami Nampak Sweet

Assalamualaikum..
 
Pernah tak rasa mcm "alahaaaiiii...sweetnya suami aku ni..."
Buat hati kita rasa berbunga-bunga...terharu...jatuh sayang n jatuh cinta lebih lagi kat suami...
 
Bila?
Bukan bila suami bagi bunga besar...bukan bila suami buat surprise bagi hadiah mahal..bukan bila suami belanja makan hotel mewah...bukan...
 
Tapi,suami akan nampak sweeeettttt sangat bila suami buat perkara-perkara yang sangat simple..
 
Me akan rasa Encik Abah sweet sangat bila
 
Encik Abah tolong kemas cadar waktu pagi
Encik Abah tolong buangkan sampah
Encik Abah tolong kemaskan n lap meja lepas makan
Encik Abah tolong kupaskan buah bila me nak makan buah
Encik Abah tolong susunkan baju yang dah dilipat dalam almari
Encik Abah tolong refill botol air dalam bilik
Encik Abah tolong bukakkan penutup botol yang ketat tanpa merungut
Encik Abah tolong charge kan handphone setiap kali bateri kong..
Encik Abah tolong cuci tandas setiap minggu
 
Benda-benda yang terlalu simple...tapi hanya lelaki yang "gentleman" je yang buat mcm tu...cukup,tak perlu hadiah mahal-mahal.
 
true! credit

Tuesday 6 January 2015

Pengalaman Rawatan Terapi Lintah

Assalamualaikum..

Minggu lepas Encik Abah sakit kaki...cadangnya nak berurut kat SOBB..tp bila pergi tempat urut tu, tukang urut tu kata mcm suspek gout..dia x berani nak urut,risau makin bengkak n sakit..jadi dia cadangkan terapi lintah..seekor lintah harga RM9..lintah ni akan sedut darah2 kotor yang ada dalam badan kita...lepas fikir lebih kurang, Encik Abah pun setuju..

Pakcik tu pun ambil sekor lintah, letakkan kat atas kaki Encik Abah yang sakit..lambat jugak lintah tu nak start sedut darah,pakcik tu kata kalau lambat or lintah tu tanak,maksudnya tempat sakit tu takde darah kotor..

baru letak
Encik Abah letak 3 ekor kat kaki kanan..n sekor kat kaki kiri..masa letak tu Encik Abah kata sakit sikit..bila dah lama-lama jadi gatal pulak..bole garu kat sekeliling je...

lepas 2 jam
Gambar kat atas keadaan lintah selepas 2 jam..lamanya nak menunggu...sepatutnya tunggu lintah ni betul2 gemok n jatuh sndr..tp sbb dah lewat malam,terpaksa tanggalkan je..pakcik tu kata sebab tak banyak darah kotor,jadi lintah lambat gemok..ada pesakit lain buat rawatan kat kaki sbb ada kudis,letak 2 ekor lintah,tak sampai setengah jam lintah dah betul2 gemok n jatuh sendiri...itu maksudnya banyak sangat darah kotor...ada pesakit buat rawatan kat muka juga,seram je me tgk lintah tu merayap kat muka...gemok2 pulak tu..lintah yang dah gemok n jatuh akan mati dan pecah..


bekas gigitan
Gambar kat atas ni bekas gigitan lintah..lukanya berbentuk logo mercedes kannn..huhu..lepas tanggalkan lintah ni darah masih keluar lagi...dua hari jugak la masa untuk darah betul2 stop..kena letak kapas sentiasa...

Tentang suspek Gout tu, me dah minta doktor rujuk ke Medical Clinic..harap-harap takde gout la...

Thursday 1 January 2015

First 2015

Assalamualaikum..
 
01/01/2015..
 
Selamat Tahun Baru semua!!
 
 
 
1st day 2015..perlu mulakan dgn yang baik-baik saja...harap2 summary 2015 yang akan ditulis pada akhir December nanti semua yang baik-baik..harap lebih positif n lebih murah rezeki..ingat,rezeki ada mcm2 bentuk kan.
 
So generally,azam 2015 ni...
 
Personal
-nak jadi lebih positif,lebih ceria, n lebih bersyukur.. 
-nak jaga kesihatan dgn lebih baik..jaga pemakanan, rajin makan supplement, rajin makan makanan sunnah..
-nak rajin bersenam
-nak tambah amal ibadat n istiqamah
 
Rumahtangga
-nak kurangkan merajuk
-nak rajin kemas rumah
-nak rajin masak n jaga pemakanan Encik Abah
-nak laman baru!! (nak buat landskapppp....)

Kerjaya
-nak jadi lebih bersemangat
-nak jadi lebih ikhlas berhadapan dengan pesakit
-nak hubungan lebih baik dengan orang-orang sekeliling di opis

TTC
-ntah...haha..cita-cita nak start secara serius semula tu mmg ada,tapi ntah la ye...belum ada kekuatan nak start tu..hurmmm..tgk la nt ye
 
Blog
-nak tulis lebih banyak entri berfaedah n berisi...kurangkan entri kosong
-nak dapatkan lebih banyak earning drpd Nuffnang...pleaseeee...huhuhu...
 
 
Klise sgt kan azam me?