Friday 27 September 2013

stock Metformin

Assalamualaikum..

Disebabkan me decide utk stop any procedure untuk sementara ni,me telah menggunakan kelebihan yang ada sebagai seorang kakitangan hospital kerajaan..hehehe..

Mulanya tak terfikir pun nak buat mcm ni..tapi hari tu me terlupa bwk metformin ke tempat kerja,me ceritalah kat my fren,TTCian juga..beliau telah mencadangkan me ambik je kat farmasi..me pelik,boleh ke mcm tu?

Me pun memberanikan diri bertanya pada Medical Assistant kat hospital ni..dia tanya nak berapa byk? me kata stock 3 bulan boleh? dia kata ok,ptg nanti dia bg...so skrg dah ada stock metformin utk 3 bulan, xperlu ke Klinik Dr. Isa utk ambik bekalan,jimat duit, boleh g shopping..eh? ;)

Tapi minggu ni kena g jumpa jugak la..nak bgtau dia yg me nak stop any procedure, n boleh ke on metformin je..kang pepandai wat decision sendiri, naya badan je..huhu..lagipun nak review result SFA Encik Abah hari tu..hopefully ok..

Selamat berhujung minggu :)


Tuesday 24 September 2013

stop treatment

Asslamualaikum..

Hari ni CD2..means cycle kali ni (clomid 100mg 2nd cycle) failed lagi..tp kali ni lebih redha dari cycle lepas..sbb tak letak harapan tinggi sangat pun..

Annual leave tinggal 4 hari..ada lagi 3 bulan nak habiskan tahun 2013, maka adalah mustahil bg me utk teruskan treatment,cuti dah tinggal sangat2 sedikit..nak cuti Raya Haji lg nt..so me decide utk stop dulu apa2 procedure..hanya on metformin and asid folic shj..tahun depan baru smbung..

Doc ada suggest utk buat laporoscopy,nak buang endo at my left ovary..tp me tak decide lagi nak buat ke tak..me sebenarnya takut nak tebuk2 kat badan ni,takut komplikasi yg lebih besar pulak nt..plus bila baca pengalaman org yg dah lalui lapo ni,diorg kata sakit sangat..hmmm...

Apa pun,biar lah masa yang menentukan...so skrg ni rehat2 saja..takmau fikir pasal TTC ni,tp harapan tu still ada la kan..mana boleh tak mengharap langsung..

Actually tak sabar nak 2014..tak tau kenapa..tp me rasa 2014 akan memberi sinar yg lebih baik,insyaAllah..lagi pun our rumah InsyaAllah akan siap hujung tahun ni,by December mungkin dah dpt kunci,so next year adalah masa utk deco2..huhu..tak sabarnyaaaa...

Monday 23 September 2013

ghindu!

Assalamulaikum



Ghindu!!
Hari Isnin biasanya adalah hari ghindu bg me..hoho..
Yelah,selepas ada dengan Encik Abah selama dua hari, Sabtu dan Ahad, bila tiba hari berpisah mestilah rasa ghinduuuu...
Biasa me balik JB Jumaat petang lepas kerja,mlm dalam pukul 8 sampai di Larkin, Encik Abah amik..
Hari Sabtu dan Ahad mmg hari untuk bersama..bukan g mana pun,kdg2 duduk rumah je..kdg2 g la jalan mana2..biasa g Jusco n Angsana je la..spend time berdua.. makan-makan,borak-borak,gaduh-gaduh..huhu..weekend je kami ada masa untuk semua tu..
Lepas berpisah 5 hari, bila jumpa 2 hari rasa bahagia jeee... sebab tu agaknya dah kahwin 2 tahun lebih pun rasa mcm baru je kahwin..hehe..masih berdua,masih bahagia :)
Ahad petang,Encik Abah hantar g Larkin, naik bas kul 7 ptg...

Tu yang hari Isnin adalah hari ghindu!
Nanti hari Rabu dah neutral balik..n hari Khamis jadi excited sebab esoknya Jumaat,nak balik...tu je la rutin kami..
Dugaan PJJ, bilalah akan berakhir agaknya ye...

Thursday 19 September 2013

Our 2nd Honeymoon :)

Assalamualaikum..

Warning : Ini cerita basi 6 bulan lepas :p

Our 2nd Honeymoon at Kota Kinabalu,Sabah..
Kebetulan me terjumpa tiket murah utk ke sana, dua org hanya RM2++, beli bulan 11,perginya bulan tiga..kami pergi 4D3N..hari jumaat ptg flight dari Senai, sampai sana dah malam..pergi ambil kereta sewa,n cari hotel utk bermalam..ms cr hotel tu dah pukul 10mlm..dgn tak tau jalan di KK,pakai redah je..bermalam di Lavender Lodge,RM80.00 semalam include breakfast (breakfast roti bakar n teh o panas je pun)

Hari kedua pagi2 lagi kami dah bergerak ke Kundasang..dalam perjalanan singgah di destinasi pertama iaitu Rumah Terbalik


Disebabkan kami gerak awal,sampai pun awal..belum bukak pun lagi..huhu..kami org pertama sampai,kena tunggu..kat sini boleh ambil gmbr dari luar rumah je,dlm rumah tak boleh..menurut cerita dongeng yang diada2kan,konon2nya rumah ni didiami oleh seorang budak yg sangat nakal..disebabkan kenakalannya rumah ni jadi terbalik.. perabot2 dlm rumah semua terbalik..


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang..kaki Gunung Kinabalu..perjalanan mmg mencabar,jalan berbukit n banyak selekoh..nasib baik Encik Abah mmg cekap memandu..sampai di Kundasang dalam pukul 11 lebih, kami dah book Kinabalu Pines Resort, kalau tak silap RM190 semalam,include dinner n breakfast..sementara nak tunggu check in kami jalan2 dulu di Pekan Kundasang, suasana mmg sejuk..rasanya lebih sejuk dari Cameron..lepas check in sambung berjalan lagi..pergi Kinabalu Park, tgk check point org nak mendaki gunung, pergi tempat ternakan lembu,n just duduk di Pekan melihat puncak gunung Kinabalu..kat sini,kalau nak tgk puncak gunung dgn jelas kena tgk waktu pagi, sebab start tengah hari puncak gunung dah diliputi awan..tak nampak..

perjalanan ke Kundasang

View dari Resort, tak nampak puncak gunung

 melawat pusat ternakan n perahan susu lembu

 Ladang ternakan

Malam tu kami tak ke mana-mana pun,sebab menurut staff resort malam mmg takde apa yang menarik..lepas dinner konon2nya nak duduk santai kat taman dlm resort tu,tp sejuknya yang amat..x tertahan..last2 masuk bilik je, hihi..

Esok paginya, hari ke tiga,awal2 pagi lagi kami dah keluar,nak tgk puncak gunung..menggigil2 kesejukan (terlupa bawa baju sejuk),parking kereta depan resort, n tunggu matahari terbit..

 matahari baru nak terbit,kira-kira pukul 6 pagi

 Puncak gunung sekitar jam 7 pagi

puncak gunung sekitar 8 pagi,mmg jelas nampak...

Lepas dah puas tgk pemandangan puncak gunung,kami bersarapan dan terus bergerak balik KK..destinasi seterusnya Pulau Manukan n Pulau Sapi..kami sampai pulau ni dalam pukul 12 tengah hari..

Jeti di Pulau Manukan

 Beristirehat bawah pokok...nyaman je rasa..pemandangan sangat cantikkkk...

Lepas tu kami snorkeling (snorkeling lah sangat!) me tak pandai,huhu..rugi2..Encik Abah je snorkeling sorang2..me perhati dari tepi pantai jek,sadiss T_T

Lepas dah puas Encik Abah snorkeling,kami tunggu bot utk ke Pulau Sapi pulak,kat sini pun Encik Abah snorkeling sorg2..tp kat sini ramai org sangat, x berapa best sgt..

 Jeti di Pulau Sapi,pasir putih..air membiru..Subhanallah..

Dalam pukul 3 petang kami pun pulang ke KK semula..survey2 hotel..kami menginap di Shang Ri-La Hotel..RM130 semalam rasanya, include breakfast..ptg tu kami keluar ke Tanjung Aru, tgk matahari terbenam pulak..




Kemudian kami balik ke pusat bandar,ke pasar Filipina pulak..survey2 kedai mana souvenir yg murah2..bila dah jumpa kami kata kat staff kedai tu, esok kami dtg..sbb tak larat dah nak pilih,perut dah lapar..g cari makan..tak sempat nak snap ape2 pic sebab dah penat sgt plus lapar..huhu

Esoknya,hari ke empat, lepas sarapan keluar semula ke Pasar Filipina, beli mcm2..mutiara,gelang,brooch,beg, tshirt,amplang (sejenis keropok) n rumpai laut..lepas tu balik hotel tidur,rs mcm letih sgt tak larat nak jalan lagi dah..haha..minta check out lmbt,staff tu beri smpai pukul 3..ok la tu kan..kul 3 check out, g jalan2 kat tepi laut tu,amik gmbr..pastu g jumpa kwn Encik Abah kat shopping complex (lupa nama) n terus ke airport..


Pengalaman yang sangat best,rasa mcm nak ke sini lagi je...tahun depan tak tau nak kemana pulak..tgk blog Umie mcm menarik je ke SWV tu,tp harganya pulak..huhu..lagipun rasanya Encik Abah tak setuju, sebab ke Sabah lagi..mgkin dia nak ke tempat lain...hmm..Langkawi maybe? InsyaAllah...

Wednesday 18 September 2013

kucing bercakap?

Assalamualaikum..

Me suka sangat sangat sangat sangat kat kucing...me rasa kucing adalah makhluk paling comel sekali kat dunia ni..mendengar suara kucing mengiau buat me rasa dibuai2..melihat ke dlm mata kucing buat hati me cairrrrr...waaahhh..membayangkan seekor kucing buatkan me rasa nak gigit2 je kucing tu..melihat kucing berjalan buat me rasa nak peluk2 kucing tu..haha..begitu sekali me punya obses pada kucing..kalau stress tgk je gmbar kucing,mesti hati jadi tenang balik..kalo boring2 tgk je video lucu pasal kucing..mesti terhibur... kucing, i love u!!! haha...

Me rasa ramai kwn2 TTC yg suka kucing kan..kwn TTC me yg kat dunia real (bukan kwn alam maya ni) pun boleh dikatakan semua suka kucing.. ada yang selalu kongsi cerita pasal kucing dia..n ada tu yg setiap masa share pasal kucing kat fb..kat fb kan mcm2 page pasal kucing, Kami Pencinta Kucing la..Kucing Kami Comel la..Dunia Kucing la...terima kasih pd yang membina page seperti tu..boleh lepaskan gian pada kucing..haha..

Encik Abah pun suka sangat kat kucing..dulu kami ada bela kucing masa kat Sarawak, kitorg bahasakan diri "mak n abah" pada kucing tu..kucing yg diberi nama Adik tu kami bela sejak dia baby lagi..sebesar tapak tangan sampailah sebesar baby..syg sgt kat dia..tp dia dah tinggalkan kami..Encik Abah pun menangis masa dia mati..sedih sgt..ada sekali tu Encik Abah bahasakan diri dia "Abah" kat kucing jiran kami..me marah..me kata hanya Adik je boleh panggil kita "Mak n Abah"..lepas tu dia terus bahasakan diri dia "Acik" kat kucing2 lain..huhu..

Encik Abah mmg suka kucing sejak kecik..MIL ada cerita masa Encik Abah kecik ada bela kucing nama "Kimia"..pelik betul nama kucing dia..bila tanya nape nama mcm tu..Encik Abah kata sbb bulu dia selalu gugur mcm pesakit leukimia..pendekkan jadi kimia...haisshh..kreatip sgt nama tu..bila Kimia mati Encik Abah nangis gak..g gali lubang belakang rumah, tanam Kimia,letak 2 kayu sbg batu nisan..n duduk tepi kubur baca surah Fatihah...me gelak gila bila dgr cerita tu..SIL kata patut la korg ni berjodoh..hantu kucing dua2..

Dulu me selalu berangan2 kan best kalo kucing boleh bercakap..teringin sgt nak dgr kucing bercakap..kalau kucing bercakap apa agaknya yg dicakapkan ek..tp skrg impian mcm jadi kenyataan..haha..sebabnya me dah jumpa blog yang ada kucing bercakap..seriously terhibur sangat2 bila baca dialog2 yang kononnya di ckp oleh kucing2 tu..3 blog yg me selalu lawat adalah



&


Terima kasih kpd Mummy, Kakak n owner Maru sbb buat page yg sentiasa menghiburkan hati me ni!! U all kalo berminat silalah lawat blog ni..hehe..

*entry merepek je di kala kebosanan...

Monday 16 September 2013

Curve Collection

Assalamualaikum :)

Rakan-rakan sekalian dijemput untuk untuk like my new page


Terdapat pelbagai koleksi blouse, peplum, tshirt, tudung dan inner utk dipilih

Harga berpatutan, dan ada yang lebih rendah daripada harga yang dicadangkan oleh pengedar

Untuk rakan-rakan TTC juga terdapat diskaun khas :)

Jom like beramai-ramai

Thursday 12 September 2013

selalulah sebut2..

Assalamualaikum..

Hari ni keluar cket dari topik TTC..kita sembang2 rambang je yek..kononnya hari ni plan nak start menulis utk my research,tp bila bukak pubmed,cr2 jurnal..haishh..pening kepala den membaca..so kita rehat jap..

Orang kata, selalulah sebut2 perkara yang baik..sbb apa yg kita sebut tu adalah doa jugak kan..kalo kita asyik sebut perkara baik, perkara baiklah yg berlaku..dan sebaliknya..

Dulu me x berapa percaya jugak..tp it happen to me!

Contoh terbesar our future rumah,InsyaAllah..kitorg beli rumah kat area rumah MIL..so hari2 la lalu kat tapak construction tu..masa tu baru siap fasa 1,fasa 2 dlm construction lagi..kalo lalu je selalu tgk2 rumah tu n berangan2 nak beli kat situ..rumah Cluster,cantik..tp kitorg rasa rumah tu mahal harganya..mcm tak mampu je..tp selalu berangan.. Encik Abah pun selalu sebut kalo lalu situ..ayat selalu dia ckp

"nanti kalau ada org tanya rumah En N kat mana? kita ckp la masuk Taman Pulai Indah,lepas post guard belok kanan, akan jumpa rumah cluster..rumah sy yg dalam tu lah..."

Me pun gelak2 je..n me pun sambung lagi..

"ha ah,nanti kalo org tanya rumah Pn S kat mana, kita ckp la rumah cluster kat Pulai Indah tu"

n kitorg sama2 gelak n berangan..hehe..mmg tak jangka yg kitorg berjaya beli rumah cluster tu..tapi Alhamdulillah..hujung tahun lepas jalan2 kat Angsana, developer tu bukak booth kat situ..so kitorg tgk2 n survey harga..mmg mahal..400k..rs mcm x lepas je nak buat loan ni..tp try jugak..n Alhamdulillah,loan approved..kami beli fasa 3..mmg rezeki kami,sbb tinggal sebijik je rumah yg belum dijual..

Rumah yang kami beli ni ada 6 bilik..bila teringat balik,dulu sebelum kahwin,me pernah sebut me nak rumah yg ada 6 bilik..ms tu sebut2 je..rupa-rupanya Allah dengar..dan makbulkan sebut2 me tu...Alhamdulillah..maka sebut2 lah apa yg kita nak..

Contoh kedua..ms zaman single dulu..me pernah sebut2 dgn my fren, yg me kalo boleh nak cr lelaki yang betul2 tinggi, badan besar n muka matured..sebab me ni tinggi n muka nampak matured cket..so me nak lelaki mcm tu supaya me sentiasa nampak kecik n muda...hehe..ms tu x kenal Encik Abah pun lagi...n Alhamdulillah Allah dengar me sebut2 tu..Encik Abah lagi tinggi dari me,badan besar n muka matured..so skrg me akan sntiasa nampak kecik n muda bila disebelah Encik Abah...hehe..maka sebut2 lah apa yang kita nak..

Skrg ni pun me n Encik Abah selalu sebut2 n berangan2..byk yg Encik Abah sebut2..contoh..

"nanti tahun depan orang tanya mana En N n isteri pg lama tak nmpak..kita jawab kita g umrah"

"nanti tahun depan anak kita dah lahir,kena mcm ni.... kena mcm tu...."

"nanti lagi 3 4 tahun, abg dah naik pangkat keje kat jabatan..."

"sebelum umur 40tahun, abg kena ada PhD...."

"abis tu nanti,abg nak g belajar kat oversea ayg kena la amik cuti ikut suami kan..."

"kena la beli kereta besar nanti,abis anak je dah ramai..."

n mcm2 lagi..

semoga apa yg kami sebut2 ni Allah dgr..

n kwn2 juga, selalulah sebut2 apa yg kita nak..kerana Allah Maha Mendengar..

Monday 9 September 2013

TVS on CD12 (2)

Assalamualaikum..

Semalam me CD12,ada app utk wat TVS nak check telur..tapi bila Encik Abah call Klinik Perdana, staff dia bgtau Dr. Isa takde,ganti dgn doktor lain...Dr. Roslan..me n Encik Abah taknak kalau jumpa dengan Dr. Roslan..so kitorg decide utk jumpa doktor dari klinik lain..yg pastinya nak doktor perempuan..Encik Abah call la sana sini nak cr doktor..call KPJ klinik tutup sebab hari Ahad, cr klinik lain pun kalau ada doktor lelaki..pastu call Kempas Medical Centre, tanya doktor sana..dia kata kalau nak doktor perempuan ada,tp dia Visiting je..klinik dia kat Taman Sutera..so Encik Abah call tanya boleh ke nak dtg wat TVS..staff dia kata boleh..

Petang tu kitorg g la kat Taman Surera tu, nama klinik dia Klinik ELizabeth..doktor perempuan cina, Dr. Hon..sampai2 je cerita kat staff nurse yg jaga kaunter tu yg hari ni cd12 nak wat TVS n nak cucuk ubat pecah telur kalo ada telur..staff nurse tu masuk tanya doktor dulu..n doktor kata boleh..so register la..

Bila smpai gilirian me masuk ngan Encik Abah..Dr. Hon menyapa mesra..me pun cerita serba sikit ttg me punya history,dah buat apa skrg..n berapa biji clomid me amik..dia suruh baring atas katil..tapi Encik Abah tak boleh masuk..boleh tgk dari tv kat luar je..memula Dr. wat TVS..check uterus (rahim) ok, tgk kat ovari kiri nampak endo dah 3cm..n ade telur kecik2...ni yg doktor kata PCOS..tapi cari2 ovari kanan tak jumpa..puas dia godek2 x nampak..pelik jugak..sbb biasa Dr Isa tgk terus nampak..so dia keluarkan probe utk TVS tu n wat scan abdomen plak..scan dari atas..barulah jumpa..ada telur kat ovari kanan size 18mm..lega...doktor kata boleh cucuk pecahkan telur..tp Dr. ni cucuk kat lengan je.. kalo Dr.Isa cucuk kat perut..

Disebabkan Dr ni peramah,sy pun amik kesempatan tanya mcm2..sbb dgn Dr Isa takde peluang nak tanya..huhu..me tanya Dr my rahim retroverted ke? Dr bgtau tak..normal..pastu tanya lagi kalau makan metformin lama2 ada ape2 efek ke,kat kidney ke..Dr kata takde efek..pastu tanya lagi pasal endo tu..Dr kata lagi bagus kalau buang..kalo plan nak buat IIUI pun better buang dulu endo tu sbb utk buat IUI condition kena optimum..takde ape2 gangguan..Dr ni boleh tolong buatkan kat Kempas Medical Centre and akan tlg supaya boleh claim insurans..so skrg me dah nmapk jalan nak buat lapo kat mana..sbb sebelum ni risau takleh claim insurans..nak buat kat gov mcm malas..huhu..

BIla nak balik tu Dr tanya biasa Dr Isa charge berapa..me ckp la masa cucuk telur hati tu charge RM190, termasuk duphaston..Dr. Hon kata murah sgt2 tu..sbb dia biasa kalo injection pun charge RM150, TVS n consultation biasa RM70-RM90..tak termasuk ubat2 lagi..tapi dia kata dia charge kat me RM200 je,tu pun tanya me setuju tak..huhu..sbb dia kata tanak kami rasa jauh sgt gap..Alahmdulillah Allah mudahkan...me kata tak kisah nak charge berapa pun..bila nak keluar dari bilik dia,dia smpat wish goodluck n all the best..kitorg keluar dgn hati yg tenang je..kalo dgn Dr Isa mmg takde la nak ckp2 mcm tu..bukan nak condemn dia,tp dari segi kemesraan tu dia kurang cket la..tp Dari segi klinikal Dr Isa mmg bagus..DR Hon ni pun bagus, plus mesra..n kita bebas nak tanya dia apa2 je..

Disebabkan lepas cucuk telur kena bersama lepas 36jam..terpaksalah me amik cuti Isnin n Selasa ni..dah lah cuti tahun tinggal 6 hari..amik cuti ni tinggal 4 hari je..tawakal je la..harap2 cycle kali ni berjaya..kwn2 tolong doakan ye..

Friday 6 September 2013

yeay!!

Assalamualaikum..

Yeay!! Office dah ada internet..hehehe...
Lepas 6 bulan duduk di tempat baru ni,hari barulah dpt online dari PC dalam office ni..kalo tak guna Ipad jek,x puas nak wat entry...3G dlm bilik kat office ni pun slow..ssh nak blogwalking...tp kini tidak lagi..haha..awal2 lagi hari tu dah mintak internet kat bahagian pengurusan, tp diorg kata x cukup tapak..ape ntah..so xleh dpt internet..tp hari tu masuk meeting ketua-ketua unit,try mintak internet dgn pengarah..Alhamdulillah hari ni org IT dtg sambungkan internet..

Sempena dah ada internet ni..kita bolehlaa attach gambar ye dak..haha..Nak tunjuk satu gmbar ni...

taraaaa..


Cantik tak kak ton?? haha...
Semalam ada jamuan hari raya hospital..setiap unit kena ada gerai masing2 beserta juadah yang telah ditetapkan..so my unit gabung dgn 3 unit..menu yg kami sediakan Nasi Impit, Ketupat Palas, Kuah Kacang n Rendang..pastu ada sorg staf ni sponsor Nasi Beriyani.. dah kena masak2 tu, ada pulak pertandingan gerai tercantik..me n sorg lagi kwn baik dari unit lain bertungkus lumus siapkan hiasan deco2 ni..nama gerai Warung Warisan Ibunda..dari pagi smpai ke petang duduk melipat2 kertas A4 tu nak jadikan bunga kipas2..tak cukup kertas keluar lagi g beli..hehe..seronok jugak buat hiasan deco2 ni..puas hati bila tgk dah siap jadi cantik mcm ni (choiii..puji diri sendiri..haha) 

Dah siap deco2 ni ptg tu kitorg tolak la benda ni ke gerai..memasing tgk je..ramai yg nak amik gambar..sampaikan ada sorg staf tu kata 'aku bg ko duit,ko simpan balik benda ni..supaya tak menang' haha..malam ramai tetamu dtg,pun sibuk nak amik gmbar gerai kitorg..hehe.. bila dah start jamuan je,tak smpai 15minit habis licin semua lauk..tinggal Nasi Impit je siket..huhu..laku betul..dah nak habis majlis tu, diumumkan pemenang gerai terhebat..Alhamdulillah gerai kitorg menang!! yeay lagi!! puas hati rasanya..penat lelah sume..huhu..bangga jap sbb ni my idea (padahal tiru idea org lain kat FB..haha)

So lepas ni kalau u all nak buat deco2 bolehla curi idea ni yek! hihi..

Monday 2 September 2013

gembira dalam sedih..

Assalamualaikum..

Semalam 1 September,me dpt anak buah baru..my SIL2 baru bersalin..baby boy,berat 3.5kg..tahniah utk my SIL2..cucu ke 7 MIL.me tumpang gembira utk dia..semalam pun pengalaman pertama me pegang baby yg baru beberapa jam dilahirkan..sebelum2 ni pegang baby yg dah byk hari je..lain feeling pegang baby bru lahir ni..rs sgt kebesaran Allah..yelah..pagi tu dia masih dlm perut lg..tetiba ptg dah ada depan mata..huhu..agknya kalau baby sndr yg lahir lagilah xtau mcm mana feeling tu ek..ms me pegang baby tu,me cium dahi dia..doa dlm hati semoga Allah beri peluang pd me utk pegang baby sndr..

3 minggu lepas pun SIL1 bersalin jugak..skrg ni pun tgh berpantang kat rumah MIL..yg ni pun baby boy jugak..nampaknya lepas ni rumah MIL ni dipenuhi suara baby je la..n mesti everybody talking about the babies...ye,me mmg gembira dgn suasana tu nt.me mmg suka tgk baby..sejukkkk je rasa..tapi dalam hati me tersimpan kesedihan..sedih bila mengenangkan bilalah org nak bercakap n bercerita pasal my baby pulak..mmg perasaan mcm ni tak bagus..tp dah perasaan kan..me tak boleh nak elak..tp ok la..me masih boleh control lagi..menangis dalam hati jek..

Alhamdulillah jugak la..sbb family MIL ni takde la persoalkan sgt pasal me n Encik Abah..cuma me selalu terasa hati dgn my biras (husband SIL1)..dia mcm bermegah2 dgn zuriat dia..hari tu kitorang tgh berbotak pasal rumah,kitorang punya rumah bakal siap dalam hujung tahun ni,insyaAllah..so ceritalah pasal nak beli aircond,grill,perabot etc..tetiba my biras ni ckp "rumah bukan dari segi material je,yg ni pun kena ada jugak" sambil tunjuk baby dia..me tersentap,me terus jawab "anak kalo boleh dibeli,dah lama kitorg beli" dia terus syp..geram betul..tak faham ke anak tu eezeki pemberian Allah,jgn nak riak sgt.. Encik Abah mcm biasalah..always positif.. "alah..dia mmg mcm tu,jgn dilayan,anggaplah ni semua ujian..kita kena tabah la bla bla bla..." kdg2 sakit hati jugak dgn sikap positif dia tu..xde perasaan ke? sabar je la...

Day 2 period hari tu me g jumpa doc lagi..doc scan..nasib baik scan abdomen je..doc kata telur yg ada hari tu dah pecah..tp kalo ada telur pun,telur pecah pun x semestinya telur tu baik..doc ni pun satu,xde perasaan..hmm..so pasni amik clomid 2 biji sehari..hari ke 12 dtg scan balik..doc suh wat semen anaysis..ms jumpa doc tu dah 4.30.. doc suh hantar sendr sample kat lab..lab tutup pukul 5..lab tu plak kat city plaza kat bandar..so kitorg rushing la dari taman u ke bandar..smpai kat city plaza lagi 10min nak pukul 5..cari parking lagi..escalator rosak pulak..tercungap2 kitorang nak sampai ke lab tu..seb baik bukak lgi.. dia bg satu bilik,kuarkan sample..me tolong Encik Abah..huhu..ssh jugak sbb dgn keadaan tergesa2..akhirnya dpt gak sample..result ms hr ke 12 nt baru dpt..mlm tu pulak g berurut ngan Maklang..n husband dia pun tlg wat rawatan islam kat kitorg..dia kata ada gangguan,ada yang menumoang kat badan kitorg ni..so dia bacakan ayat2 n tepuk2 badan kitorang..dia kata setiap kali solat,rakaat pertama kalo boleh baca ayat kursi..selalu istighfar..insyaAllah yang menumpang tu keluar..wallahualam..